E-Course Tahsin My Surah – As-Sajdah ialah program pembetulan bacaan Al-Quran secara praktikal untuk pelajar dewasa. Peserta membaca ayat, kemudian ustaz menyemak dan membetulkan bacaan secara langsung. Fokus diberikan kepada makhraj huruf, sifat huruf dan hukum tajwid agar bacaan lebih tepat, terkawal dan diyakini untuk solat serta tilawah harian.
Beliau adalah seorang pendidik yang kini bertugas sebagai Guru Kontrak di ALSB. Beliau mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Asas Al-Quran, Asas Tajwid, Lancar Surah Pilihan, Asas Tadarus, Asas Talaqi, dan Asas Hafazan. Dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Quran dan Sunnah dari USIM serta pengalaman mengajar selama 9 bulan, beliau berdedikasi dalam menyebarkan ilmu agama kepada pelajar meskipun tidak mempunyai tauliah formal.