Course curriculum
-
-
[PDF] Refleksi Dengan Al-quran
-
[PDF] Strategi Mencapai Matlamat Belajar Al-Quran
-
Rakaman Planner Al-Quran
-
About this course
- RM40.00
- 3 lessons
- 7.5 hours of video content
AZIZOL KASNAN
Penyusun Modul Asas Kemahiran Bacaan & Hafazan Smart Al-Fateh
[email protected]
Saya merupakan pengasas kepada Easy Ngaji Learning Centre di bawah pengurusan Syarikat Azizol Legacy Sdn Bhd
Saya juga adalah seorang Pengarang Modul Asas Kemahiran Bacaan Al Quran bermula dari peringkat Asas hingga Hafazan Al Quran
Selain itu, saya juga merupakah seorang Guru Al Quran terlatih di bawah program Akademi Al Baghdadi, seorang Pengusaha Pusat Pendidikan Al Quran Al Baghdadi dan Pusat Pengajian Al Quran Easy Ngaji. Impian saya adalah membantu masyarakat untuk menjadikan Al Quran sebagai panduan hidup serta menyebarkan dakwah.
Saya juga seorang pengarang modul pendidikan Al Quran bagi kegunaan para guru dan masyarakat di bawah bimbingan program Legend Blueprint Mentorship. Antara modul yang telah dibangunkan oleh saya dan Team Easy Ngaji adalah modul Asas Al Quran Smart Al Fateh 1, modul Asas Al Quran Smart Al Fateh 2, modul Asas Tajwid Al Quran Smart Al Fateh 3 dan modul Asas Hafazan Juzuk 30 Smart Al Fateh.
Insya-Allah akan ada lagi beberapa modul yang akan dibangunkan dari semasa ke semasa dalam bentuk fizikal dan digital.
Pengalaman
+ Guru Al Quran selama 7 tahun di Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi Tambun, Ampang, Tanjung Rambutan dan Station 18 Ipoh secara online dan offline
+ Mengendalikan program bacaan Al Quran , Tajwid dan Hafazan di pelbagai institusi
+ Berkongsi dan berkolaborasi bersama guru Al quran serta Tutor dalam pendidikan Al Quran
MUHAMMAD IRFAN MOKHTAR BAHARUDIN
Trainer Zoom In Surah
[email protected]
Merupakan Penyusun Modul Zoom In Surah sejak tahun 2022
USTAZ ABDUL HADI TAJUL AZLI
Senior Eksekutif Akademik & RND
[email protected]
Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Perpaduan dan meneruskan peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Madrasah Idirisiah. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Sultan Azlan Shah dalam bidang syariah (pengajian Islam). Selepas itu, beliau meneruskan pengajian Bahasa Arab di Pusat Pengajian “Markaz Lughat” Kaherah, Mesir. Kini, beliau berkhidmat di Easy Ngaji Ipoh sebagai Eksekutif Akademik dan Ketua bagi semua Tenaga Pengajar di sini. Sepanjang perkhidmatan di Easy Ngaji Ipoh, beliau telah mengikuti Kursus Hafazan Neurofisiologi dan Kursus Asas Tajwid. Beliau mendapat pengiktirafan Sijil Perguruan Al-Quran dalam bidang Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dabtul Quran, Rasm Uthmani, dan Ilmu Tajwid. Beliau juga memiliki Sanad Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Hassan Rejab, Egypt, Mesir dalam Riwayat “HAFS AN ‘ASIM” dalam Thoriq Shatibiyyah.