Jurnal Rejab

    1. JURNAL REJAB

Jurnal Rejab

  • RM19.00
  • 1 lesson
  • 0 hours of video content

Instructor(s)

NURUL NAJWA BINTI MAZLAN

PENULIS

Penulis merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah, penulis melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di UiTM Seri Iskandar dalam jurusan diploma pengurusan hartanah selama tiga tahun. Namun begitu, penulis mula berpaling arah ke jurusan penulisan kreatif di peringkat sarjana muda kerana meminati bidang penulisan semenjak di bangku sekolah dan bercita-cita untuk mencorakkan dunia dengan penulisannya agar memberi manfaat kepada orang lain. Sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di UiTM Puncak Perdana, penulis mempunyai pengalaman menjalankan latihan industri di Majlis Daerah Kampar sebagai penilai harta selama enam bulan. Tambahan itu pula, penulis mempunyai beberapa karya penulisan kreatif dalam bentuk novel, cerpen moden dan tradisional yang diilhamkan dari karya agung Sulalat al-Salatin, novella yang ditinta kembali dari Filem Magika, serta penulisan akademik yang membahaskan tentang unsur retorik moden dan kritikal sosial skrip ‘Tasik Dayang’ bagi kajian kualitatif. Penulis juga pernah menyertai persembahan bacaan skrip untuk Filem Magika di universiti dan menulis rencana tentang kelestarian untuk dihantar pada penerbitan Tunas Cipta.