Ihya' Ramadhan

    1. Ramadan, Kembali Kepada Al-Quran

    1. Ku Inginkan Ramadan Yang Terbaik

    1. Istiqamah Dengan Al-Quran

    1. Hebatnya Berdamping Dengan Al-Quran

About this course

  • RM97.00
  • 4 lessons
  • 5 hours of video content

USTAZ ADNIN ROSLAN

Penceramah Bebas

Ahmad Adnin bin Roslan merupakan seorang penulis kepada syarikat yang diasasnya, Tarbiah Sentap. Anak kelahiran Selangor ini berjaya memecahkan pasaran buku Malaysia , apabila buku beliau terjual lebih kurang 450,000 naskhah, dan buku-buku beliau sering menaiki carta "bestseller" di POPULAR, MPH, SMO, selama berbulan-bulan secara berturut-turut. Selain dari menulis buku, beliau juga merupakan komposer dan penulis lirik.

PU YEOP

Penceramah Bebas

Nama sebenar ialah Mohd Zainudin Bin Mohamed Zaini juga dikenali sebagai Ustaz Yeop aka PU Yeop yang merupakan Finalis Pencetus Ummah Musim 1 Astro Oasis dan juga Pengacara Ceria I-Star Musim 1 & 2 Astro Ceria. Beliau merupakan anak asal dari Kg Gajah, Perak. Beliau juga mempunyai sijil pendidikan seperti berikut: 1.Sijil Pelajaran Malaysia 1998 2.Syahadah Thanawiah 1998 3.Diploma Tahfiz Al Quran Wal Qiraat JAKIM 2002 4.Ijazah Rawatan & Perubatan Islam Darussyifa' Malaysia 2011

USTAZAH FATIMAH SYARHA

Penceramah Bebas

Fatimah Syarha Binti Hj. Mohd Noordin dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu. Merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Turut memiliki Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan Master di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Kini, dalam proses menyambung Ph.D. Beliau pernah dinobatkan sebagai novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP 2006.Selain itu beliau aktif dalam ceramah-ceramah motivasi dan agama untuk semua peringkat umur seperti golongan remaja di sekolah-sekolah, golongan berkerjaya. Aktif menulis sebagai kolumnis dalam majalah Solusi dan majalah Haluan serta minat berpuisi.

USTAZ ABDUL HADI TAJUL AZLI

Senior Eksekutif Akademik & RND

Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Perpaduan dan meneruskan peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Madrasah Idirisiah. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Sultan Azlan Shah dalam bidang syariah (pengajian Islam). Selepas itu, beliau meneruskan pengajian Bahasa Arab di Pusat Pengajian “Markaz Lughat” Kaherah, Mesir. Kini, beliau berkhidmat di Easy Ngaji Ipoh sebagai Eksekutif Akademik dan Ketua bagi semua Tenaga Pengajar di sini. Sepanjang perkhidmatan di Easy Ngaji Ipoh, beliau telah mengikuti Kursus Hafazan Neurofisiologi dan Kursus Asas Tajwid. Beliau mendapat pengiktirafan Sijil Perguruan Al-Quran dalam bidang Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dabtul Quran, Rasm Uthmani, dan Ilmu Tajwid. Beliau juga memiliki Sanad Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Hassan Rejab, Egypt, Mesir dalam Riwayat “HAFS AN ‘ASIM” dalam Thoriq Shatibiyyah.