E-Course Tadabbur My Surah Al-Mulk membantu peserta memahami mesej Surah Al-Mulk secara tersusun melalui pendekatan tadabbur. Peserta dibimbing menyelami makna ayat, merenung tanda kekuasaan Allah, menilai amanah kehidupan serta membina kesedaran akhirat dalam amalan seharian. Program ini dilengkapi sesi live, rakaman, e-workbook, sokongan kumpulan dan akses LMS bagi memastikan pembelajaran berterusan dan berimpak.
Beliau adalah seorang pendidik yang kini bertugas sebagai Guru Kontrak di ALSB. Beliau mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Asas Al-Quran, Asas Tajwid, Lancar Surah Pilihan, Asas Tadarus, Asas Talaqi, dan Asas Hafazan. Dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Quran dan Sunnah dari USIM serta pengalaman mengajar selama 9 bulan, beliau berdedikasi dalam menyebarkan ilmu agama kepada pelajar meskipun tidak mempunyai tauliah formal.